KARL FLETCHER: ANUGERAH TERINDAH BUAT DADDY DAN MUMMY

Karl Fletcher adalah anak lelaki kepada pasangan Bennol dan Viviana. Mereka berkahwin di JPN pada 10/12/2020 manakala majlis persandingan berlangsung pada 28/12/2020 bertempat di rumah kediaman En Jais Oton di kampung Liabas Darat.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 21/06/2020 setelah 7 tahun menjalin cinta. Dalam tempoh 7 tahun ini, pelbagai perkara suka dan duka mengisi liku-liku kehidupan mereka sehingga mengalami putus sambung.

            Ketika perkahwinan itu berlangsung, Mr Bennol berusia 28 tahun, manakala Mrs Viviana berusia 20 tahun iaitu jarak usia antara mereka ialah 8 tahun. Pada tahun 2021, pasangan ini dianugerahkan cahaya mata pertama yang diberi nama Karl Fletcher Bennol.

            Pemilihan nama tersebut berdasarkan maksud, nama tokoh dan pilihan huruf. Dari segi maskud nama, Karl bermaksud “orang yang bebas” manakala Fletcher membawa makna “berkebolehan. Oleh itu Karl Fletcher bermaksud orang yang bebas dan berkebolehan.

Selain itu, pangkal nama Karl dipetik daripada nama seorang tokoh berpengaruh di dunia berbangsa Jerman iaitu Karl Marx. Beliau banyak menyumbangkan pemikiran dalam aspek ekonomi politik dan social yang akhirnya menjadi sebuah falsafah dunia disebut sebagai “marxisme”.

Manakala Fletcher, factor terletak pada huruf F sebab isteri suka huruf tersebut. Walaupun ada pemain Manchaster United guna nama Darren Fletcher tapi minta maaf, penulis bukan fans MU. Hahahaa…

Karl Fletcher dilahirkan pada 19/09/2021 bertempat di hospital Kota Marudu tempat jam 11.20 malam. Diawal kelahirannya, situasi agak mencabar disebabkan penyakit kuning yang dialami bayi tersebut. Bagaimanapun setelah mendapat rawatan di hospital yang sama selama 2 hari, akhirnya pada 24/09/2021 bayi ini diizinkan balik dalam keadaan sihat sepenuhnya.

Dan pada 19/10/2021, Karl Fletcher telah didedikasikan kepada Tuhan melalui upacara sembahyang yang dikendalikan oleh Pr Robert Jada sempena kecukupan 1 bulan. Semoga anakku Karl Fletcher akan tumbuh membesar dalam keadaan sihat, penuh sukacita dan memperolehi kebolehan sesuai harapan Daddy dan Mummy. 



 

Nukilan Bennol & Viviana

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FAKTA GISAK: MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG SABAH

KG LIABAS: SEJARAH DAN PENGKISAHAN

PANGLIMA PAMANSAH: TOKOH KEBANGGAAN MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG