PANGLIMA PAMANSAH: TOKOH KEBANGGAAN MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG
Panglima
Pamansah: Satu Pengenalan Ringkas
Menurut sejarah lisan, pangglima
Pamansah adalah anak kepada pangglima Yunggonit bersama pangglima Tumunda dan
Aki Badur. Keluarga ini berasal daripada Kampung Lumpas yang terletak di
kawasan tanah tinggi Telupid di bahagian utara Kampung Sonsogon Paliu. Disebabkan tekanan hidup disana iaitu tindakan segelintir
penduduk kampung yang suka mencuri hasil tanaman mereka akhirnya keluarga ini
mengambil keputusan untuk berpindah ke Kampung Minitampak dan seterusnya ke
Kampung Togomonggis atau dikenali sebagai Kampung Salimandut pada masa kini.[1]
Tiga
orang adik beradik ini tidak boleh duduk bersama kerana sering berselisih faham
malah beradu kekuatan kerana masing-masing ada kehandalan dan cenderung untuk
menjadi ketua. Bagaimanapun, Aki Tumunda mempunyai kelebihan dalam hal ini
kerana lebih tua dan berhak menggantikan
tempat ayahandanya sebagai ketua komuniti. Nasib serupa diperolehi oleh Aki
Badur apabila seorang pembesar Brunei telah membawanya ke Brunei untuk
dijadikan Hulubalang kerajaan.[2] Manakala
Pangglima Pamansah, beliau diarahkan oleh bapa beliau, Panglima Yungonit untuk berhijrah
ke kawasan lain iaitu kawasan bersempadan dengan daerah Pitas. Terdapat sumber
mengatakan beliau mendiami kampung Koromoko dan Tanjung Batu Darat. Beliau
telah berkahwin dan melahirkan ramai anak lelaki iaitu Anggip, Salumpang,
Darani, Ujali, Deeng, Solidon, Galabi, Limpas.[3]
Melalui
keturunan inilah maka lahir dan terbentuknya masyarakat Dusun Kimaragang yang
mendiami kampung-kampung seperti Liabas, Koromoko, Togudon, Tondig dan sebagainya.
Penulis dapat menyimpulkan bahawa hampir semua penduduk di kawasan Pekan Tandek
adalah bersaudara dan sangat dekat pertalian keluarganya. Semoga tulisan ini
bermanfaat untuk para pembaca khasnya dalam usaha menjejaki saudara mara agar
menguatkan lagi ikatan silaturahim disamping boleh mengenali antara satu sama
lain. Terima kasih.
[1] Manual Damilan. 2017. Aki Tumunda: Tokoh Masyarakat Dusun
Kimaragang di Kota Marudu dari Sudut Sejarah Lisan. Jurnal Borneo
Arkhailogia. Vol. 1(1), Disember, 2017, hlm. 1-10.
[2] Manshur Bin Kotung. 2003. Perjuangan Syarif Usman di Kota Marudu.
1830-1845. Latihan Ilmiah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.. Hlm 5
Penulisan terbaik👍 mudah difahami & sgt membantu utk org yg mo tau susur galur keluarga 🤩
BalasPadamterima kasih
BalasPadam