MASJID MISTERI: Kota Kinabalu

Tahukah anda kewujudan masjid yg dikenali sebagai 'Masjid SDA' ini? Ianya terletak di Bandaran, di bandaraya Kota Kinabalu. 

Saya akan menceritakan tentang kemisterian masjid ini kemudian. Yang perlu kita semua tahu ialah... masjid ini ialah bekas sebuah gereja Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) dan kemudiannya dibeli oleh kerajaan pada awal tahun 1960an.

Namun begitu, TIADA rusuhan atau pergaduhan tentang ketidakpuashatian mana-mana pihak tentang bangunan tempat beribadat ini. Itulah yang membezakan Borneo, khususnya Sabah, jika dibandingkan dengan tempat lain yang terlalu mudah bertelagah mengenai isu remeh temeh. :) Di Sabah, TOLERANSI wujud diantara penduduknya yang mempunyai pelbagai suku kaum dan agama. hinggakan isu sebegini yang boleh dikelasifikasikan 'sensitif' pun, tidak ada sedikit pertelingkahan pun yang berlaku.

========================

KEMISTERIAN 'MASJID SDA':

Perhatikan gambar ini secara teliti dan pastinya anda akan dapat membaca dengan jelas perkataan 'SDA' yang terpahat / tertanam di dalam binaan batu dinding masjid tersebut.

Bangunan bekas gereja ini wujud sebaik sahaja Perang Dunia II berakhir. Tulisan SDA yang tertera pada bangunan ini diperbuat daripada bata kaca.

Pada awal tahun 1960-an, kerajaan Sabah ketika itu membeli gereja tersebut dan bangunan itu ditukar bentuk menjadi sebuah masjid.

Dalam proses menukar wajah bangunan ini ke arah lebih Islamik, kontraktor diupah untuk membuka glass brick SDA tersebut. Walaubagaimanapun, ketika percubaan pertama orang yang cuba mengetuk (pahat) pada tulisan tersebut, dengan pantas KILAT MENYAMBAR pahat tersebut. Kontraktor itu kemudiannya tidak mahu meneruskan kerja tersebut dan memberitahu semua orang tentang kejadian pelik tersebut.

Tidak lama kemudian, kontraktor lain pula diupah untuk menghapuskan perkataan 'SDA' tersebut. Namun malangnya, usaha kedua itu juga gagal apabila 'scaffolding' tempat lelaki itu berdiri patah secara tiba-tiba. Lelaki itu jatuh dari tempat yang tinggi lalu cedera dan tidak lagi mahu meneruskan kerja tersebut. Seperti kontraktor pertama, dia juga menceritakan kejadian aneh itu pada semua orang.

Tidak terhenti di situ, usaha untuk menututp perkataan tersebut diteruskan dengan menanam pokok kelapa dengan tujuan 'melindungi' perkataan tersebut. Tapi setelah pokok itu tumbuh tinggi mencapai perkataan 'A', pokok Kelapa itu 'mati' serta merta. Penanaman dibuat berulang kali namun tetap gagal apabila setiap pokok Kelapa yang ditanam 'mati' setelah mencecah ketinggian perkataan 'A'. Orang ramai yang menyedari kejadian tersebut semakin merasa pelik kerana pokok kelapa dan pokok kelapa sawit di sekitar pokok yang mati itu masih subur tanpa sebarang masalah.

Beberapa usaha lain juga ada dibuat seperti mengecat keseluruhan dinding tersebut termasuklah glassbrick SDA tersebut, namun cat itu akan luntur dengan sendirinya dalam beberapa hari dan 'SDA' tersebut akan kembali kelihatan jelas seperti sedia kala.

Sebenarnya ada juga yang mengatakan sudah ramai yang menemui maut hanya kerana mencuba untuk membuka tulisan 'SDA' tersebut.. termasuklah mereka yang dipercayai mengamalkan ilmu 'mistik'. 

Hinggalah ke hari ini, glass brick SDA yang tertanam pada dinding masjid SDA tersebut masih kekal dan tiada usaha lanjut untuk 'memadam'kannya dilakukan. Namun begitu, masjid ini masih lagi digunakan untuk golongan Muslims bersembahyang. Dan tidak timbul apa-apa masalah.

Ketika saya mengambil gambar ini, saya berdiri di tapak perhentian teksi. Dan ketika saya ingin menggambar masjid berkenaan, beberapa pemandu teksi di situ menegur saya..

"Saya tahu kenapa kamu mengambil gambar masjid tersebut... kerana kerajaan tidak dapat buka tulisan itu.. tulisan 'SDA' itu akan kekal sampai bila-bila..."

Sudah ramai yang tahu tentang cerita itu, tambah mereka.

- Glenn Townend

=========================

Sedikit info mengenai SDA: 

'Mazhab' ini juga dipanggil 'sisa Yahudi' kerana mengamalkan gaya hidup bangsa Yahudi yang masih berpegang kepada hukum taurat (old testament) dan juga new testament. * Matius 5:17-20

Tidak seperti Katolik dan Anglikan yang bersembahyang pada hari Ahad, penganut SDA pergi ke gereja pada hari Sabtu (Sabbath Day) mengikut penanggalan Yahudi.

Para penganut SDA juga dikenali kerana seperti bangsa Yahudi, mereka tidak menyambut Christmas, tidak memakan daging Khinzir, tidak memakan ikan yang tidak bersisik, udang, ketam dan sebagainya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FAKTA GISAK: MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG SABAH

KG LIABAS: SEJARAH DAN PENGKISAHAN

PANGLIMA PAMANSAH: TOKOH KEBANGGAAN MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG