SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN SDA DI KG LIABAS
Sejarah Dan Perkembangan Agama Kristian SDA Di Kampung
Liabas
Menurut sumber lisan, agama SDA dibawah masuk ke
kampung Liabas sekitar 1950-an oleh En Majaluk. Pada Ketika itu beliau aktif
sembahyang di gereja Pekan Tandek. Beliau berusaha mengembangkan agama tersebut
di kampung Liabas bersama-sama En Antim dengan bantuan seorang pastor berbangsa
orang putih. Sekitar 1970-an, atas bantuan Mission melalui kerajaan negeri Sabah,
gereja SDA pertama telah dibina terletak dikawasan bukit (hari ini tempat
tersebut ialah ladang sawit Mr Chang) disebabkan tempat tersebut adalah kawasan
perkampungan pada ketika itu.[1]
Gereja ini berfungsi sebagai tempat beribadat setiap
hari Sabtu dan tempat perkumpulan penduduk bagi membincangkan hal-hal keagamaan.
Antara penganut awal adalah mereka yang terdiri daripada keluarga En Majaluk
termasuk keluarga En Makampung dan En Jalunah yang merupakan Ketua Kampung pada
hari ini
Bagaimanapun gereja ini terbakar disebabkan kebakaran
hutan musim kemarau yang meragut hampir seluruh kawasan perkampungan Liabas. Seterusnya
gereja kedua dibina di Liabas Kokol terletak di belakang rumah En Majutan pada
hari ini. Kemudian sekali lagi dipindahkan di Kawasan berhampiran iaitu
terletak di Kawasan halaman rumah En Lekbon pada hari ini.[2] Akhirnya
gereja standard pertama telah dibina dan masih berfungsi dengan baik sehingga
hari ini bagi menampung anggota SDA Liabas Kokol terletak berhampiran rumah
Puan Juanah.
Pada tahun 2002, atas cadangan Pastor Ervin Karau
iaitu pastor pertama di kampung Liabas, anggota gereja SDA telah dibahagi dua
iaitu Gereja Liabas Darat dan Gereja Liabas Kokol. Pada mulanya gereja SDA
Liabas Darat terletak di atas tanah milik En Jimam bahkan meminjam pondok kebun
beliau sebagai tempat beribadat. Selepas hampir 5 bulan bergereja di tempat
ini, gereja seterusnya dipindahkan dengan kelengkapan berasaskan kayu terletak
di Kawasan Bundu.[3]
Seterusnya pada tahun 2011, gereja bantuan pihak
Mission melalui kerajaan Negeri Sabah telah siap dibina dan telah digunakan sepenuhnya
bagi menggantikan bangunan gereja lama.[4] Kini,
gereja lama tersebut telah diubahsuai dan dibaik pulih menjadi mini dewan
makan. Anggota gereja Liabas Darat ini telah dipimpin oleh En Jhonny Majion selaku
Ketua Gereja dan dibantu oleh anggota gereja yang lain antaranya En Jaiku, En
Klokson, En Jenison, En Johari, Puan Runsiai, Puan Maslinah dan ramai lagi. Pada
hari ini, anggota gereja SDA Liabas mencecah jumlah 200 orang. Antara pastor yang
pernah bertugas melayani umat tuhan di kampung Liabas ialah Pastor Ervin Karau,
Pastor Moris Bonsoi, Pastor Juri Rumondok dan Pastor Robert Jada.
Kesimpulannya, perkembangan agama Kristian khasnya agama
SDA di kampung Liabas berlaku atas kerelaan individu yang telah menyerahkan
hidupnya kepada Yesus dan menjadi surat hidup bagi kerajaan Tuhan. Perkara ini
wajar menjadi dorongan serta motivasi kepada seluruh penduduk agar perpaduan,
keamanan, keharmonian dan kesejahteraan kampung terjamin.
Lihat lebih banyak yang menarik dengan klik link dibawah
Ulasan
Catat Ulasan