MASJID MISTERI: Kota Kinabalu
Tahukah anda kewujudan masjid yg dikenali sebagai 'Masjid SDA' ini? Ianya terletak di Bandaran, di bandaraya Kota Kinabalu. Saya akan menceritakan tentang kemisterian masjid ini kemudian. Yang perlu kita semua tahu ialah... masjid ini ialah bekas sebuah gereja Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) dan kemudiannya dibeli oleh kerajaan pada awal tahun 1960an. Namun begitu, TIADA rusuhan atau pergaduhan tentang ketidakpuashatian mana-mana pihak tentang bangunan tempat beribadat ini. Itulah yang membezakan Borneo, khususnya Sabah, jika dibandingkan dengan tempat lain yang terlalu mudah bertelagah mengenai isu remeh temeh. :) Di Sabah, TOLERANSI wujud diantara penduduknya yang mempunyai pelbagai suku kaum dan agama. hinggakan isu sebegini yang boleh dikelasifikasikan 'sensitif' pun, tidak ada sedikit pertelingkahan pun yang berlaku. ======================== KEMISTERIAN 'MASJID SDA': Perhatikan gambar ini secara teliti dan pastinya anda akan dapat membaca dengan jelas...