Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

MASJID MISTERI: Kota Kinabalu

Imej
Tahukah anda kewujudan masjid yg dikenali sebagai 'Masjid SDA' ini? Ianya terletak di Bandaran, di bandaraya Kota Kinabalu.  Saya akan menceritakan tentang kemisterian masjid ini kemudian. Yang perlu kita semua tahu ialah... masjid ini ialah bekas sebuah gereja Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) dan kemudiannya dibeli oleh kerajaan pada awal tahun 1960an. Namun begitu, TIADA rusuhan atau pergaduhan tentang ketidakpuashatian mana-mana pihak tentang bangunan tempat beribadat ini. Itulah yang membezakan Borneo, khususnya Sabah, jika dibandingkan dengan tempat lain yang terlalu mudah bertelagah mengenai isu remeh temeh. :) Di Sabah, TOLERANSI wujud diantara penduduknya yang mempunyai pelbagai suku kaum dan agama. hinggakan isu sebegini yang boleh dikelasifikasikan 'sensitif' pun, tidak ada sedikit pertelingkahan pun yang berlaku. ======================== KEMISTERIAN 'MASJID SDA': Perhatikan gambar ini secara teliti dan pastinya anda akan dapat membaca dengan jelas...

KARL FLETCHER: ANUGERAH TERINDAH BUAT DADDY DAN MUMMY

Imej
Karl Fletcher adalah anak lelaki kepada pasangan Bennol dan Viviana. Mereka berkahwin di JPN pada 10/12/2020 manakala majlis persandingan berlangsung pada 28/12/2020 bertempat di rumah kediaman En Jais Oton di kampung Liabas Darat. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 21/06/2020 setelah 7 tahun menjalin cinta. Dalam tempoh 7 tahun ini, pelbagai perkara suka dan duka mengisi liku-liku kehidupan mereka sehingga mengalami putus sambung.             Ketika perkahwinan itu berlangsung, Mr Bennol berusia 28 tahun, manakala Mrs Viviana berusia 20 tahun iaitu jarak usia antara mereka ialah 8 tahun. Pada tahun 2021, pasangan ini dianugerahkan cahaya mata pertama yang diberi nama Karl Fletcher Bennol.             Pemilihan nama tersebut berdasarkan maksud, nama tokoh dan pilihan huruf. Dari segi maskud nama, Karl bermaksud “ orang yang bebas ” manakala Fletcher membawa makna ...

FAKTA GISAK: MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG SABAH

Imej
  Gisak atau juga dikenali sebagai sup isi perut lembu merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat bagi suku kaum Dusun Kimaragang Sabah. Gisak merupakan makanan tradisi yang menyerupai sup daging biasa cuma, sup ini ditambah dengan cecair dalam usus dan perut lembu berwarna hijau kehitaman yang menjadi salah satu makanan paling digemari oleh penduduk khasnya Dusun Kimaragang Kota Marudu bahagian Tandek. Setiap kali ada majlis diadakan, menu gisak akan menjadi hidangan untuk para tetamu kerana mereka termotivasi untuk datang ke majlis tersebut oleh kerana keistimewaan dan kelazatan sup gisak. Sehingga timbul istilah “ kayou pogi it gisak ” bermaksud jom datang untuk merasai gisak bagi mengajak jiran agar turut hadir dalam majlis. Perkara ini membuktikan bahawa hidangan sup gisak merupakan perkara utama yang mendorong tetamu untuk menghadiri sesuatu majlis. Situasi inilah yang jelas kelihatan dalam majlis-majlis di daerah Kota Marudu khasnya kawasan Tandek iaitu Kampung Tond...

AKI UNGKILAN: WADAH PENYATUAN PENDUDUK KG LIABAS

Imej
  Aki Ungkilan: Wadah Penyatuan Penduduk Kimaragang Kg Liabas Dan Sekitarnya Menurut sejarah lisan, Aki Ungkilan merupakan cucu kepada hulubalang tersohor suku Kaum Kimaragang iaitu pangglima Pamansah bin pangglima Yunggonit. Pangglima Pamansah mempunyai dua orang adik-beradik iaitu pangglima Tumunda dan Aki Badur. Secara ringkas, keluarga ini berasal daripada Kampung Lumpas yang terletak di kawasan tanah tinggi Telupid di bahagian utara Kampung Sonsogon Paliu (Omar Majun, 2016). Kemudian keluarga ini berhijrah ke Kampung Minitampak dan seterusnya ke Kampung Togomonggis atau dikenali sebagai Kampung Salimandut pada masa kini. [1] Pangglima Pamansah diarahkan oleh bapa beliau, Panglima Yungonit untuk berhijrah ke kawasan lain iaitu kawasan bersempadan dengan daerah Pitas. Terdapat sumber mengatakan beliau mendiami kampung Koromoko dan Tanjung Batu Darat. Beliau telah berkhawin dan melahirkan ramai anak lelaki iaitu Anggip, Salumpang, Darani, Ujali, Deeng, Solidon, Galabi, Limpa...

KG LIABAS: SEJARAH DAN PENGKISAHAN

Imej
  KG LIABAS: SEJARAH DAN PENGKISAHAN Menurut sumber lisan, kampung Liabas Marasinsim telah wujud sekitar tahun 1920-an. Kampung Liabas mendapat nama sempena dengan nama pokok jambu batu dalam bahasa Dusun Kimaragang disebut “ Liabas” yang sememangnya banyak terdapat di sekitar kampung ini. [1] Ketua kampung pertama ialah aki KK Ungkilan bin Deeng. Beliau merupakan cucu kepada hulubalang masyarakat Dusun Kimaragang Kota Marudu iaitu panglima Pamansah. Sebagai maklumat tambahan, panglima Pamansah merupakan adik beradik kepada panglima Tumunda dan aki Badur. Bapa mereka bernama Yunggonit bin Lalakou. [2] Beliau seorang yang amat disegani ramai khususnya penduduk-penduduk kampung ini. (boleh dapatkan sejarah pengkisahan panglima Pamansah dalam tulisan sebelum ini) Hal ini demikian kerana beliau sangat bijaksana serta teliti dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. Beliau juga memiliki susuk tubuh badan yang luar biasa iaitu kelebaran dada 3 jangkal...

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN SDA DI KG LIABAS

Imej
  Sejarah Dan Perkembangan Agama Kristian SDA Di Kampung Liabas Menurut sumber lisan, agama SDA dibawah masuk ke kampung Liabas sekitar 1950-an oleh En Majaluk. Pada Ketika itu beliau aktif sembahyang di gereja Pekan Tandek. Beliau berusaha mengembangkan agama tersebut di kampung Liabas bersama-sama En Antim dengan bantuan seorang pastor berbangsa orang putih. Sekitar 1970-an, atas bantuan Mission melalui kerajaan negeri Sabah, gereja SDA pertama telah dibina terletak dikawasan bukit (hari ini tempat tersebut ialah ladang sawit Mr Chang) disebabkan tempat tersebut adalah kawasan perkampungan pada ketika itu. [1] Gereja ini berfungsi sebagai tempat beribadat setiap hari Sabtu dan tempat perkumpulan penduduk bagi membincangkan hal-hal keagamaan. Antara penganut awal adalah mereka yang terdiri daripada keluarga En Majaluk termasuk keluarga En Makampung dan En Jalunah yang merupakan Ketua Kampung pada hari ini Bagaimanapun gereja ini terbakar disebabkan kebakaran hutan musim ke...

PANGLIMA PAMANSAH: TOKOH KEBANGGAAN MASYARAKAT DUSUN KIMARAGANG

Imej
  Panglima Pamansah: Satu Pengenalan Ringkas Menurut sejarah lisan, pangglima Pamansah adalah anak kepada pangglima Yunggonit bersama pangglima Tumunda dan Aki Badur. Keluarga ini berasal daripada Kampung Lumpas yang terletak di kawasan tanah tinggi Telupid di bahagian utara Kampung Sonsogon Paliu. Disebabkan tekanan hidup disana iaitu tindakan segelintir penduduk kampung yang suka mencuri hasil tanaman mereka akhirnya keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Kampung Minitampak dan seterusnya ke Kampung Togomonggis atau dikenali sebagai Kampung Salimandut pada masa kini. [1] Tiga orang adik beradik ini tidak boleh duduk bersama kerana sering berselisih faham malah beradu kekuatan kerana masing-masing ada kehandalan dan cenderung untuk menjadi ketua. Bagaimanapun, Aki Tumunda mempunyai kelebihan dalam hal ini kerana lebih tua dan berhak   menggantikan tempat ayahandanya sebagai ketua komuniti. Nasib serupa diperolehi oleh Aki Badur apabila seorang pembesar ...